Pelancong maut ketika 'hiking' berkumpulan terokai Taman Negara Kuala Tahan


  • 112
  • Sabtu, 05 Apr 2025

HASRAT seorang pelancong yang mahu meneroka keindahan Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang tidak kesampaian apabila dia disahkan meninggal dunia ketika mendaki laluan menuju ke Gua Luas pada Jumaat. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, wanita warga Belanda itu, Pommelien Catharina Maria Meijs, 33, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas enam jam memulakan aktiviti penerokaan bersama 16 individu lain dari pelbagai negara termasuk pemandu pelancong.

Beliau berkata, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Tahan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Tahan dan polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat panggilan keemasan kira-kira pukul 7 pagi.

BACA LAGI: [VIDEO] Hajat 'membuang' tepi jalan terbantut, pemandu lori cedera diserang harimau di Bukit Tangga

BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura tanya bekalan air sebelum ragut rantai budak perempuan di Putrajaya

Mayat mangsa dibawa ke HTAA, Kuantan.

"Pasukan SAR mengambil masa tiga hingga ke empat jam untuk sampai ke lokasi.

"Bagaimanapun, operasi membawa mangsa keluar tidak dapat dapat diteruskan kerana trek berlumpur, licin dan cuaca tidak mengizinkan selain bentuk muka bumi yang berbukit-bukau.

"Operasi SAR terpaksa dihentikan sekitar pukul 6 petang dan disambung pada Sabtu menggunakan helikopter," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan SAR membuat pembersihan kawasan seluas 9.1 meter x 91 meter persegi untuk persediaan mengangkat mangsa di lokasi tersebut bagi dibawa ke Padang FA Jerantut.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Hajah Afzan (HTAA) Kuantan bagi proses dibedah siasat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram