
KESUNGGUHAN seorang wanita mencari rezeki dengan bekerja sebagai penghantar makanan di Kelantan menerima pujian ramai.
Menerusi video dimuat naik usahawan dan pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Founder Misi, wanita tersebut dapat dibantu selepas gambarnya bersama bayi di atas motosikal tular.
Menurutnya, wanita yang merupakan ibu tunggal itu terpaksa membawa anak kecilnya bersama sepanjang melakukan penghantaran makanan.
BACA LAGI: 'Tak semestinya raya sakan', ramai 'backup' 70,000 penjawat awam buat pinjaman peribadi 2025
BACA LAGI: [VIDEO] Ara Johari pucat lesi ada 'penumpang' waktu sahur ketika pulang dari MITEC
Wanita itu turut dilihat berkhidmat di bawah syarikat perniagaan Founder Misi.
"Saya terlihat gambar seorang ibu bawa anak kecil buat kerja penghantaran Misi selepas habis pantang.
"Tetapi, kakak ini buat kerja selalunya di Kota Bharu, Kelantan," tulisnya.
Dalam video sama, Founder Misi bersama isterinya juga dilihat membantu memberi sumbangan barang keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada mereka sekeluarga.
Video itu sekali gus mendapat perhatian ramai dan ada menjadi platform untuk para wanita lain berkongsi pengalaman sama.
"Bila tengok kisah ini, teringat saya pada 2013. Selepas jadi ibu tunggal, seorang diri besarkan lima orang anak.
"Orang tua saya sudah tiada dan bekas suami tidak beri nafkah. Pelbagai kerja saya buat dari pagi hingga malam.
"Tidur pula cuma empat jam sehari. Tetapi syukur sekarang saya diberi rezeki dapat berniaga untuk menyara anak-anak," kongsi pengguna akaun Facebook Massz Zaieyn.
Sementara itu, rata-rata warga maya juga menyeru orang ramai untuk menjadikan kisah itu sebagai inspirasi terutama kepada golongan remaja lelaki.
"Kepada anak muda terutama lelaki, tidakkah anda rasa tercabar bila seorang ibu berseorang mampu berjuang.
"Tetapi segelintir anak muda masih berkepit dan mengharapkan kedua ibu bapa mereka untuk sumber kewangan," komen Jati Tualang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram