Penjawat awam di Kelantan terima bantuan khas Aidilfitri RM500 Khamis


  • Primer
  • Rabu, 26 Mac 2025

Bantuan khas Aidilfitri kepada 9,000 penjawat awam di Kelantan akan disalurkan bermula Khamis. — Gambar hiasan

SERAMAI 9,000 penjawat awam di Kelantan akan menerima bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500.

Memetik laporan Buletin TV3, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bantuan tersebut akan disalurkan pada Khamis.

Katanya, Kerajaan Kelantan bersetuju memberi bantuan itu kepada semua penjawat awam sebanyak RM500 seorang yang membabitkan keseluruhan kos RM5 juta.

BACA LAGI: Guru KAFA, imam, bilal antara penerima BKK RM250 minggu depan

BACA LAGI: Penjawat awam dapat 'duit raya' RM500, dah pencen terima RM250 mulai Isnin

Mohd Nassuruddin berkata, bantuan tersebut juga termasuk BKKA sebanyak RM250. — Facebook

Beliau memaklumkan bahawa bayaran penghargaan itu termasuk buat disalurkan kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran serta guru jahitan sebanyak iaitu sebanyak RM250.

Menurutnya, bantuan itu bagi menghargai jasa dan bakti mereka yang berkhidmat selama ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM250 untuk guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal dan petugas masjid di seluruh negara sebanyak RM250.

Beliau berkata, bantuan itu akan diagihkan minggu depan dan memanfaatkan kira-kira 70,000 penerima dengan jumlah peruntukan RM17 juta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram