[VIDEO] Bahana curi kabel TNB, seorang maut, rakan jenayah sempat larikan diri di Ipoh


  • 112
  • Selasa, 25 Mac 2025

Seorang lelaki maut selepas terkena letupan ketika dipercayai cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Silibin Ria, Ipoh, Perak pada Isnin petang. 

SEORANG lelaki maut selepas terkena letupan ketika dipercayai cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Silibin Ria, Ipoh, Perak pada Isnin petang. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut daripada orang awam pada kira-kira pukul 6.07 petang.  

Abang Zainal berkata, rakaman video yang diperoleh daripada seorang saksi menunjukkan dua lelaki sedang memotong kabel di lokasi kejadian sebelum berlaku letupan kuat yang menyebabkan mereka tidak sedarkan diri.  

BACA LAGI: [VIDEO] Gigih cari duit lebih menjelang raya, lelaki berhelmet curi tabung masjid selepas Subuh di Seremban

BACA LAGI: Polis buru 4 lelaki bertopeng buat 'job' malam Ramadan di Felda, bawa lari barangan nilai RM12,000

“Salah seorang daripada suspek kemudiannya sedar dan bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda C100 dengan meninggalkan rakannya yang maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.  

Siasatan mendapati lelaki yang maut mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan kes kekerasan dan harta benda. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), manakala pihak TNB telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.  

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.  

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Sarjan Liyana Zulaikah Ibrahim dari Jabatan Siasatan Jenayah di talian 019-7765184 bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram