Suri rumah maut dilanggar guru lepas hantar anak ke sekolah di Merlimau


  • 112
  • Isnin, 24 Mac 2025

Mangsa meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Merlimau, Melaka pada Isnin. — Facebook

SEORANG suri rumah berusia 42 tahun maut dalam kemalangan selepas menghantar anaknya ke sekolah.

Mangsa, Noor Faradhillah Muhammad Yusuff meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi Isnin di sepanjang jalan Melaka-Muar di Merlimau, Melaka.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu terduduk, rumah terbakar seminggu sebelum raya dipercayai angkara anak main bunga api di Butterworth

BACA LAGI: [VIDEO] Idea kreatif orang kampung di Sabah, hanya guna buluh bina tiang jambatan sementara tunggu jalan siap

Keadaan motosikal mangsa selepas dirempuh pemandu kereta terbabit. — Facebook

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di badan dan kaki.

"Siasatan awal menunjukkan mangsa menunggang motosikalnya dari Jalan Muar Lama dan keluar dari simpang ke jalan utama Melaka-Muar selepas menghantar anaknya ke sekolah.

"Ketika itulah sebuah kereta dipandu seorang guru berusia 34 tahun dari arah Sungai Rambai menghala ke Merlimau merempuh mangsa sekali gus menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung," katanya.

Beliau berkata, Noor Faradhillah juga dipercayai masih menyusukan anak bongsunya yang berusia enam bulan.

Katanya,mayat mangsa juga dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

"Saksi diminta tampil dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-1112 7533," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram