[VIDEO] Kasih sampai syurga, meski bertambah usia ibu juga perlukan susuk seorang ibu


  • Relaks
  • Jumaat, 21 Mac 2025

Tangkap layar memaparkan keadaan ketika seorang pencipta kandungan bertanyakan soalan kepada seorang wanita baru-baru ini.

TIDAK kira sejauh mana usia berlalu atau setinggi mana pencapaian diraih, kehadiran seorang ibu tetap menjadi keperluan yang tidak tergantikan.

Meski sudah bergelar ibu kepada anak-anak, bahkan nenek kepada cucu-cucu, hati wanita tetap merindukan kehangatan seorang ibu.

Perasaan itu menyelubungi hati seorang wanita warga emas berusia 62 tahun menerusi perkongsian meruntun jiwa oleh pencipta kandungan dikenali sebagai Adalyna, di aplikasi TikTok miliknya.

BACA LAGI: 'Cantiknya...macam Pinterest', mahligai Bonda Rozita di tengah rimba buat ramai terpukau

BACA LAGI: Konsep minimalis, postmodernism inspirasi kediaman bujang, cipta ruang kemas dan praktikal

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 35 saat itu, pada awalnya pemilik akaun tersebut ingin berkongsi rezeki dengan menawarkan hadiah misteri kepada orang ramai yang menjawab soalan diajukan.

Bagaimanapun saat menghampiri seorang wanita yang juga peniaga barangan kait, suasana bertukar pilu selepas beliau berkongsi keadaan dirinya baru kehilangan ibu kira-kira dua bulan lalu.

"Makcik beli baju raya tapi tahun ini makcik tidak akan beraya sebab mak baru meninggal dunia.

"Makcik kasihan dengan anak-anak, jadi makcik terpaksalah pejamkan mata untuk beraya dengan mereka," kata wanita itu sambil memberitahu ibunya meninggal dunia akibat kanser hati tahap empat.

Wanita berasal dari Masai, Pasir Gudang, Johor itu menzahirkan rasa terharu apabila pencipta kandungan tersebut sudi menemu ramahnya dan menjadi tempat untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati.

Susana bertambah pilu apabila kedua-duanya mengalirkan air mata sambil berpelukan dan menenangkan perasaan.

"Makcik memang sedih sangat tapi rasa terharu sebab apabila awak temu ramah, dapatlah juga mak cik luahkan perasaan. Makcik nangis sebab gembira kak, makcik doakan kakak dengan pasukan sihat," ungkapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram