'Terima kasih beri STR sebelum raya, sedikit sebanyak dapat bantu yang kurang berkemampuan'


  • Massa
  • Jumaat, 21 Mac 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 secara berperingkat mulai Isnin depan kepada hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM1.7 bilion, berbanding RM1.5 bilion tahun lalu.

KERAJAAN akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 secara berperingkat mulai Isnin depan kepada hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM1.7 bilion, berbanding RM1.5 bilion tahun lalu.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bantuan sehingga RM650 itu bakal diterima 60 peratus penduduk dewasa bagi empat kategori iaitu isi rumah berpendapatan kurang RM2,500, isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan prihatin terhadap kos sara hidup rakyat di negara ini terutama bagi membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

BACA LAGI : Penjawat awam dapat 'duit raya' RM500, dah pencen terima RM250 mulai Isnin

BACA LAGI : [VIDEO] 'Kucing hidu bahaya', pemandu Myvi baru masuk kenderaan nyaris maut kena 'sodok' kereta laju di Kulim

"Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Peningkatan peruntukan STR dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) pada 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama," katanya dalam satu kenyataan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan prihatin terhadap kos sara hidup rakyat di negara ini terutama bagi membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Pemberian STR itu juga mendapat sambutan positif daripada rakyat, terutamanya mereka yang memerlukan bantuan bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri. 

Bagi seorang pengguna Facebook Ahmad Dali Azman berkata, bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak membantu dalam membeli keperluan asas serta persiapan menjelang perayaan.

"Alhamdulillah, terima kasih yang tak terhingga diucapkan pada pimpinan kerajaan Madani diatas pemberian STR sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yg kurang berkemampuan untuk bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. 

Sementara itu, seorang lagi warga maya, Aishah Muhammad meluahkan rasa syukur dengan pemberian tersebut. 

"Saya bersyukur dengan bantuan ini. Ia amat membantu kami dalam membuat persediaan Hari Raya Aidilfitri, terutama untuk anak-anak," tulisnya. 

Untuk makluman, pembayaran STR akan dibuat melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima yang mempunyai akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah mengikut kategori, bagi isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima bayaran brmula RM150 hingga RM650, sementara bagi kategori isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima bantuan RM100 hingga RM300, warga emas tiada pasangan menerima RM150 dan bujang (RM150). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram