
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan lapan struktur haram yang dibuat di kaki lima di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Dalam satu operasi bersepadu roboh struktur yang dibuat pada Jumaat malam, pihak berkuasa juga menyita enam kediaman dijadikan stor simpanan barangan perniagaan.
DBKL berkata, operasi itu turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).
BACA LAGI: Pemandu rentung kereta dipandu terbabas sebelum terbakar di Johor Bahru
Sebanyak lapan unit struktur haram yang dibina di kaki lima dirobohkan.
"Sebanyak lapan unit struktur haram yang dibina di kaki lima dikenakan tindakan roboh mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, manakala enam kediaman dijadikan stor simpanan barangan perniagaan turut disita.
"Semua sisa struktur yang dirobohkan sudah dilupuskan selepas operasi tamat dan barangan yang dikenakan tindakan sita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya lagi, seramai 16 pekerja warga asing turut ditahan Imigresen untuk dokumentasi dan tindakan lanjut.
"Kami akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.
"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan https://adukl.dbkl.gov.my," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram