Pemandu rentung kereta dipandu terbabas sebelum terbakar di Johor Bahru


  • 112
  • Sabtu, 15 Mac 2025

Pemandu Proton Iriz menemui ajal dalam keadaan tragis apabila keretanya terbabas sebelum musnah dalam kebakaran di kilometer 11.3 Lebuhraya Senai – Desaru, Johor Bahru, Johor pada Sabtu.  

PEMANDU Proton Iriz menemui ajal dalam keadaan tragis apabila keretanya terbabas sebelum musnah dalam kebakaran di kilometer 11.3 Lebuhraya Senai – Desaru, Johor Bahru, Johor pada Sabtu.  

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui rentung dan tersepit di tempat duduk pemandu.  

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.33 pagi sebelum sebuah jentera bersama 12 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian, diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Saifulbahri Mahpop.  

BACA LAGI: Lelaki terkejut kena denda RM15,000, dakwa nama syarikat disalah guna orang lain buat 'backdated' caruman KWSP hampir RM150,000

BACA LAGI: [VIDEO] Bahayakan nyawa pengguna lain, polis Johor cari pemandu lawan arus di Lebuhraya Linkedua

“Sebaik tiba, pasukan penyelamat mendapati sebuah kereta Proton Iriz terbabas dan terbakar hampir 80 peratus, dengan pemandunya tersepit serta rentung di tempat duduk,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.  

Mengulas lanjut, identiti mangsa dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram