APAD keluarkan 300 lesen bas ekonomi sementara sempena Aidilfitri


  • Massa
  • Jumaat, 14 Mac 2025

APAD bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

APAD menerusi satu kenyataan pada Jumaat turut memaklumkan pihaknya melaksanakan pemantauan rapi pada musim perayaan ini bagi memastikan pengendali-pengendali bas mematuhi jadual tambang yang ditetapkan.

Sehubungan itu, agensi tersebut mengingatkan pengendali bas supaya mematuhi jadual tambang sedia ada bagi mengelakkan tindakan penggantungan atau pembatalan lesen pengendali.

BACA LAGI : [VIDEO] Warga emas 85 tahun pandu lawan arus di Linkedua rupanya tersilap laluan pulang ke rumah, sempat kehabisan minyak

BACA LAGI : [VIDEO] Perompak bertopeng dan berparang mati ditembak di Sepang berbahaya, guna MO pulang ke negara asal lepas buat jenayah — Polis

Pada masa sama, APAD memaklumkan pihaknya turut menerima maklum balas mengenai pengguna yang tanpa sengaja membeli tiket eksekutif yang lebih mahal akibat kekurangan maklumat jelas semasa pembelian.

"APAD mengeluarkan arahan supaya pusat penjualan tiket berpusat termasuk dalam talian dan luar talian memaparkan secara jelas sama ada tiket yang dijual adalah ekonomi atau eksekutif agar pengguna boleh memilih perkhidmatan yang setimpal dengan harga tiket yang hendak dibayar," katanya. 

Selain itu, agensi berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya akan menyemak dasar dan peraturan sedia ada termasuk cadangan pengenalan tambang siling bagi perkhidmatan eksekutif memandangkan semakan terakhir kadar tambang dibuat pada 2013.

"Sebarang pindaan dasar dan peraturan akan mengambil masa kerana melibatkan aspek perundangan," menurut kenyataan tersebut

Sejak 9 September 2013, tambang siling bas ekonomi dikawal pada kadar RM0.093 setiap kilometer dengan had tambahan 10 peratus pada musim perayaan, manakala perkhidmatan bas eksekutif tidak mempunyai tambang siling. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram