
PROGRAM Gema Ramadan anjuran Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah membawa manfaat kepada lebih 1,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, termasuk ibu tunggal, anak yatim, dan golongan asnaf.
Dengan kerjasama Parlimen Titiwangsa, program ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti gotong-royong memasak bubur lambuk dan makanan berbuka puasa, ziarah ke rumah penduduk, serta majlis berbuka puasa di Surau Al-Falah, PPR Hiliran Ampang.
Pengerusi Bernas, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, menegaskan bahawa pemilihan lokasi bandar untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini amat penting, memandangkan masih ramai yang memerlukan bantuan di kawasan bandar selain luar bandar dan perkampungan.
BACA LAGI: Pemain Sabah FK bakal perkuat Harimau Malaya minggu depan?
BACA LAGI: Bekas peledak Port FC antara 3 pemain Brazil boleh ganti Ronnie Fernandez musim depan?
Bernas menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk PPR Hiliran Ampang.
“Di bandar juga ramai golongan yang memerlukan dan selalunya kita mengadakan program di luar bandar, perkampungan selain kawasan Orang Asli.
“Semasa ziarah tadi, kita turut menyantuni dua rumah yang mana seorang pesakit strok dan satu unit lagi ditimpa ujian kebakaran,” katanya kepada pemberita pada Program Gema Ramadan Bernas di PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur.
Dalam lawatan ziarah Ramadan, pihak Bernas turut menyantuni dua keluarga yang menghadapi cabaran, seorang pesakit strok serta sebuah keluarga yang diuji dengan insiden kebakaran.
Johari (dua dari kanan) turut memeriahkan Pogram Gema Ramadan bersama Bernas.
Sementara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menghargai usaha Bernas dalam menyalurkan bantuan kepada penduduk PPR Hiliran Ampang.
"Sebanyak 940 unit rumah di Blok A, B, dan C menerima bantuan berupa 10 kilogram beras, gula, dan mihun, selain sumbangan khas kepada golongan asnaf, anak yatim, dan ibu tunggal," jelasnya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Bernas kerana memilih Parlimen Titiwangsa sebagai lokasi program Gema Ramadan, yang memberikan impak besar kepada masyarakat setempat. — Majoriti
Follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram