Persiapan Aidilfitri, PM Anwar sampaikan bantuan Tabung Kasih@Hawana kepada 10 media veteran


  • Primer
  • Selasa, 11 Mac 2025

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kasih@Hawana kepada 10 veteran pengamal media yang menghadapi cabaran kesihatan.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kasih@Hawana kepada 10 pengamal media veteran yang menghadapi cabaran kesihatan bagi membantu mereka membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Anwar dalam satu majlis berbuka puasa bersama pengamal media yang diadakan di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.

BACA LAGI: Mayat misteri terapung di lombong Serendah, dipercayai sudah lemas lebih 4 hari

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Terpaksa batal bufet Ramadan,’ pengunjung Dataran Putrajaya bengang sikap pemandu ‘double park’ sembarangan

Tabung Kasih@Hawana ditubuhkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 sebagai inisiatif Kementerian Komunikasi dan dikendalikan oleh Bernama bagi memberi sokongan kepada pengamal media yang memerlukan.

Antara penerima sumbangan pada Selasa ialah tiga veteran dari New Straits Times iaitu Mohd Zaini Sayuti, Salmah Mohsin dan Dzulkeffli Mustapha. 

Selain itu, tiga penerima daripada Berita Harian (BH) ialah Hariyati Ariffin, Akmal Abdullah dan Mohd Ali Majid.

Dua lagi penerima merupakan bekas petugas Bernama iaitu Fadzlon Ahmad dan Nik Mohamed Omar, manakala seorang lagi ialah veteran RTM, Hajrahbi Muhammad serta Mohd Ifqdar Abdul Rahman dari Utusan Melayu.

Sejak pelancarannya pada April 2023, Tabung Kasih@Hawana telah memberi manfaat kepada seramai 315 pengamal media di seluruh negara.  — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram