Kematian ibu 3 anak melecur di Batu Pahat diklasifikasikan kes bunuh


  • 112
  • Selasa, 11 Mac 2025

Keadaan rumah mangsa yang turut terbakar di Kampung Baru Sri Gading, Sabtu lalu.

SIASATAN terhadap kematian seorang ibu tiga anak yang melecur teruk dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru, Sri Gading dekat Batu Pahat Johor, petang Sabtu lalu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal Bahagian Siasatan Jenayah mendapati permulaan kejadian kebakaran berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dan kenalan lelaki yang juga suspek.

"Insiden itu membabitkan mangsa berusia 31 tahun, manakala kenalan lelaki berusia 29 tahun di rumah terbabit.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga emas meninggal ketika main badminton di Alor Setar, anak sempat nasihat ayah supaya berehat dulu sebelum kejadian

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jiran bantu permudah urusan pengebumian', lelaki kongsi betapa mesranya hubungan Melayu-India

"Pertengkaran itu berlarutan sehingga berlaku insiden menggunakan pemetik api dan juga petrol hingga mencetuskan kebakaran dalam kediaman terbabit," katanya.

Terdahulu, media melaporkan wanita yang melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru Sri Gading, Sabtu lalu meninggal dunia pada Isnin.

Syarah Masturah Abdullah, 31, disahkan meninggal dunia pukul 9.30 malam ketika menerima rawatan di sebuah hospital akibat kecederaan teruk dialaminya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram