
KANAK-KANAK yang dilahirkan oleh wanita Malaysia di luar negara kini boleh memohon kewarganegaraan selepas penyelesaian kes di Mahkamah Persekutuan pada Isnin.
Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) memaklumkan, salah satu aspek penting dalam penyelesaian kes itu adalah hak kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dan bapa bukan warganegara untuk memohon kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
"Peraturan tersebut terpakai kepada kanak-kanak yang dilahirkan sebelum Akta Pindaan Perlembagaan 2024 berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
MENYUSUL...