
HENTAKAN objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran disahkan sebagai punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar, dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, punca kematian itu diperoleh hasil daripada bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
"Polis telah merampas satu tukul besi serta sehelai kain pelikat. Jenis bahan bakar yang digunakan pula hanya dapat dipastikan setelah laporan kriminalistik diperoleh daripada Jabatan Kimia.
BACA LAGI: Tambah baki siap-siap jika ke Pulau Pinang, kadar parkir naik 50 peratus bermula Isnin
BACA LAGI: SPRM patut fokus siasat laporan kes rasuah bukan tahan wartawan — Takiyuddin
"Sampel dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan toksikologi manakala barang kes pula dihantar ke Jabatan Kimia Kedah untuk kriminalistik," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, Majoriti melaporkan tentang wanita berusia 68 tahun yang ditemukan maut dengan kesan terbakar, dipercayai dibunuh anak lelakinya berusia 43 tahun yang memiliki kad orang kurang upaya (OKU) mental selepas mereka bertengkar.
Duspek kini direman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram