Awas! Ketahui 5 penyakit sering 'menghantui' kanak-kanak


  • Sihat
  • Khamis, 15 Dis 2022

Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada kanak-kanak termasuk suntikan vaksin bagi melindungi mereka daripada jangkitan penyakit berbahaya. — Gambar hiasan

PENJAGAAN kesihatan bukan sahaja penting untuk golongan dewasa, tetapi kanak-kanak juga perlu mendapat perhatian khusus.

Ini kerana penularan penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak membimbangkan kerana sistem imunisasi atau daya tahan mereka melawan jangkitan masih lemah.

Disebabkan itu pakar perubatan menasihatkan agar kanak-kanak mendapatkan suntikan vaksinasi bagi membantu untuk mengelakkan mereka daripada dijangkiti.

Perkara itu secara tidak langsung membantu sistem pertahananan kanak-kanak bagi melindungi daripada penyakit yang mampu membawa maut.

DIsebabkan itu pentingnya untuk mengambil vaksinasi daripada beberapa jenis jangkitan.

Berikut antara penyakit yang dipercayai mampu menjangkiti kanak-kanak sekiranya tidak menerima vaksin:

3D render of virus cells attacking a DNA strand

Meningitis (Meningococcal)

Menurut portal My Health, meningtis boleh dijangkiti disebabkan virus, bakteria atau kulat.

Mereka yang mempunyai imuniti rendah, kontak rapat pesakit atau pelancong yang melawat kawasan wabak antara yang berisiko terjangkiti penyakit ini.

Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Tanda-tanda seperti demam, sakit kepada teruk, loya, muntah, ketegangan atau sakit pada tengkuk dan ruam pada badan.

Cacar air

Ruam, gatal dan kulit melepuh antara tanda-tanda seseorang sudah dijangkiti dengan jangkitan cacar air.

Jangkitan mudah berlaku dengan cara sentuhan atau cecair pernafasan.

3D render of a medical image with virus cells

HFMD

Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) amat mudah berjangkit. Seseorang yang terjangkiti berkemungkinan mengalami komplikasi pada jantung termasuk organ-organ lain.

Selain itu, ruam pada kaki dan tangan serta ulser di mulut antara tanda awal penyakit tersebut.

Hepatitis

Jangkitan Hepatitis mampu menyebabkan pesakit mengalami radang pada hati.

Kekuningan pada kulit atau mata, loya, muntah, hilang selera makan dan keletihan antara tanda-tanda awal penghidap penyakit itu.

Rotavirus

Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah antara ‘sasaran’ utama virus ini.

Keadaan seperti ciri-birit dan muntah antara yang berlaku ke atas pesakit.

Dianggarkan 20 hingga 50 peratus kanak-kanak di Malaysia yang mengalami cirit-birit berpunca daripada virus ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram