
AKTIVITI memancing bersama rakan bertukar tragedi apabila seorang remaja berusia 17 tahun ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan terjatuh ke dalam laut di Jalan Pantai berhampiran Medan Ikan Bakar, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Ahad.
Difahamkan, pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.28 malam Ahad sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson dikejarkan ke lokasi.
Operasi menyelamat turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Kemang dan pada pukul 9.31 malam komander operasi lapor anggota menaiki bot membuat pemantauan di pesisir pantai.
BACA LAGI: Tambah baki siap-siap jika ke Pulau Pinang, kadar parkir naik 50 peratus bermula Isnin
BACA LAGI: SPRM patut fokus siasat laporan kes rasuah bukan tahan wartawan — Takiyuddin
Anggota PPDA terdiri daripada dua sektor membuat water surface rescue pada radius 50 meter dari pesisir pantai bagi mencari dan menyelamat mangsa.
Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, mayat mangsa dijumpai pada pukul 12.28 tengah malam Isnin di sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat dia jatuh.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram