[VIDEO] Burung punca pesawat FedEx terpaksa mendarat cemas


  • Berita
  • Ahad, 02 Mac 2025

Pesawat kargo FedEx terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, New York, Amerika Syarikat selepas bertembung dengan burung semasa berlepas pada Sabtu.

SEBUAH pesawat kargo FedEx terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, New York, Amerika Syarikat selepas bertembung dengan burung semasa berlepas pada Sabtu.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, kejadian itu menyebabkan kerosakan pada enjin kanan pesawat Boeing 767 sewaktu membuat penerbangan ke Indianapolis, Indiana.

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan enjin pesawat terbakar ketika berada di udara.

BACA LAGI: Bapa Zulfarhan sedih lihat kes buli berulang, ramai desak rombak serta-merta pengurusan tertinggi UPNM

BACA LAGI: Tular laporan kronologi kes, ramai desak klinik dan hospital terlibat kes Zulfarhan turut disoal siasat

Bagaimanapun, pesawat FedEx Flight 3609 dilaporkan berjaya mendarat dengan selamat sekitar pukul 8:07 pagi tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Terdapat tiga kru di dalam pesawat ketika kejadian berlaku.

Rakaman perbualan menunjukkan kru segera melaporkan masalah enjin kepada pihak kawalan selepas perlanggaran berlaku.

"FedEx 3609, enjin kanan ditutup kerana kemungkinan terkena burung. Kami perlu berpatah balik ke lapangan terbang," kata salah seorang kru. 

Beberapa saksi mendakwa melihat bahagian enjin jatuh dari sayap kanan pesawat.

Seorang saksi, Mike Bova yang berada berhampiran lapangan terbang berkata, beliau melihat pesawat kelihatan tidak stabil sebelum sesuatu dilihat jatuh dari arah langit. 

"Kami ingat itu pesawat penumpang. Kami panik dan berharap semua orang di dalamnya selamat," katanya.

Menurut pakar penerbangan, John Cox, pesawat Boeing 767 mampu terbang dengan hanya satu enjin sehingga ia kehabisan bahan api.

"Juruterbang dilatih untuk menghadapi situasi seperti ini dan terdapat prosedur khas untuk memastikan pendaratan selamat," katanya.

FAA mengesahkan pesawat kini berada di landasan dan siasatan sedang dijalankan bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram