Tragedi memancing bersama sepupu, kanak-kanak 12 tahun lemas di lagun Tok Bali


  • 112
  • Jumaat, 28 Feb 2025

Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui lemas ketika berenang di lagun Sungai Tok Bali, Jalan Semerak, Pasir Puteh, Kelantan pada Jumaat.

KANAK-KANAK lelaki berusia 12 tahun ditemui lemas ketika berenang di lagun Sungai Tok Bali, Jalan Semerak, Pasir Puteh, Kelantan pada Jumaat.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Ibrahim Mohd Rohni berkata, mangsa, Wan Mohd Fahmi Wan Mohd Fadhli ditemui pada kedalaman 3 meter oleh unit skuba ketika pencarian.

Beliau berkata, pada awalnya, mangsa yang bertolak dari Bachok pergi memancing bersama tiga sepupunya dengan ditemani ahli keluarga, sebelum mengambil keputusan untuk berenang di lagun itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah lempar kabel internet dari bawah, 2 juruteknik Indonesia rentung berpelukan terkena renjatan elektrik

BACA LAGI: Gula-gula gummy mata tiada lagi di pasaran, dikeluarkan dari platform online

“Hanya seorang saja mangsa lemas dalam kejadian itu dan mayatnya ditemukan di dasar lagun dengan bantuan unit skuba dan operasi mencari bot,” katanya pada Jumaat.

Ibrahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan pada pukul 1.37 tengah hari dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat.

Kini, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.  — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram