[VIDEO] Padah lempar kabel internet dari bawah, 2 juruteknik Indonesia rentung berpelukan terkena renjatan elektrik


  • Benua
  • Jumaat, 21 Feb 2025

Dua juruteknik rangkaian internet maut akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil kabel optik di jambatan lebuh raya di Demak, Jawa Tengah, Indonesia pukul 9.30 pagi, Khamis.

DUA juruteknik rangkaian internet maut akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil kabel optik di jambatan lebuh raya berhampiran Pejabat Balai Desa Karangrejo, Daerah Wonosalam, Demak, Jawa Tengah, Indonesia pukul 9.30 pagi Khamis.

Ketua Rukun Tetangga, Darto, 55, berkata, kejadian berlaku apabila kedua-dua mangsa yang bekerja dengan syarikat Indihome berusaha mengambil aliran kabel optik dengan melemparkan kabel dari bawah.

Malangnya, kabel tersebut tersangkut pada kabel elektrik berarus tinggi sehingga menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik yang membawa maut.

“Pekerja Indihome itu sedang memasang rangkaian internet di salah sebuah rumah di kampung ini.

"Mereka cuba mengambil kabel dengan melemparkannya ke atas, tetapi secara tidak sengaja kabel tersebut tersangkut pada kabel yang besar. Akibatnya, mereka terkena renjatan elektrik dengan kuat,” kata Darto.

BACA LAGI: [VIDEO] Sibuk 'bergayut' telefon waktu kerja, pekerja kilang 'bergulung' ditelan mesin proses plastik

BACA LAGI: [VIDEO] Hilang lepas COD, gadis Indonesia ditemukan dalam sungai, diperkosa 3 lelaki termasuk kekasih dari Perak

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan kedua-dua mangsa terpelanting dan jatuh terlentang di tengah jalan selepas terkena arus elektrik.

Salah seorang daripada mereka dikatakan masih bernyawa seketika sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Turut dilihat, kedua-dua mangsa yang rentung mati dalam keadaan saling berpelukan antara satu sama lain.

Penduduk yang berada di lokasi melaporkan terdapat kesan darah yang banyak di jambatan akibat renjatan elektrik tersebut.

Susulan itu, mereka bertindak menuangkan air sungai bagi membersihkan kesan darah mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Awam Serantau (RSUD) Sunan Kalijaga Demak untuk tindakan lanjut.

Polis masih dalam proses mengenal pasti identiti mangsa, namun berdasarkan maklumat awal, mereka dipercayai berasal dari Kudus dan Guntur, Demak.

Ketua Polis Demak, Asisten Komisioner Ari Cahya Nugraha memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Kami masih mengumpul data dan menunggu keluarga mangsa untuk proses siasatan lanjut,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram