Isu beras campur: Jawatankuasa fatwa negeri putuskan kadar zakat fitrah — Menteri Agama


  • Primer
  • Jumaat, 28 Feb 2025

Kadar zakat fitrah yang ditetapkan berdasarkan gred beras telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam di setiap negeri.

KADAR zakat fitrah yang ditetapkan berdasarkan gred beras telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam di setiap negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat susulan penemuan beras import yang dicampur dengan beras tempatan baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sewaktu majlis penyampaian sijil Malaysia Book of Records dan pelancaran produk baharu di bawah jenama Ayam Pak Gembus pada Khamis malam.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah lempar kabel internet dari bawah, 2 juruteknik Indonesia rentung berpelukan terkena renjatan elektrik

BACA LAGI: Gula-gula gummy mata tiada lagi di pasaran, dikeluarkan dari platform online

Na’im berkata, keputusan itu dibuat susulan penemuan beras import yang dicampur dengan beras tempatan baru-baru ini.

Sebelum ini, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) melalui Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi mendedahkan bahawa daripada 5,000 sampel beras import yang dirampas pihak berkuasa, kira-kira 50 peratus didapati dicampur dengan beras putih tempatan.

Sementara itu, hasil pencarian di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mendapati kadar zakat fitrah di Malaysia ditetapkan berdasarkan keputusan Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-57 pada 10 Jun 2003.

Keputusan tersebut menetapkan bahawa kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga beras Bernas Super Tempatan Gred A mengikut sukatan Baghdad, iaitu satu gantang bersamaan 2.60kg.

Bagi negeri-negeri di Sabah dan Sarawak, sukatan yang digunakan adalah 2.70kg. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram