
PENGGUNA motosikal tidak tertakluk kepada sebarang larangan untuk menggunakan mana-mana jalan yang ada di negara ini.
Mereka dibenarkan untuk melalui jalan serta lebuh raya seperti yang kenderaan lain.
Namun begitu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pengguna motosikal mesti melalui laluan yang disediakan bagi kenderaan tersebut sekiranya ada.
BACA LAGI: [VIDEO] Kes langgar lari, penunggang wanita terbaring, berlumuran darah di Lebuhraya DASH
BACA LAGI: Bergesel dengan kereta, wanita maut tercampak 30 meter dari jejambat DASH
Penunggang mesti melalui laluan motosikal jika disediakan di lebuh raya.
Jika satu-satu lebuh raya itu menyediakan laluan motosikal, mereka harus menggunakannya bagi mengelakkan risiko kemalangan.
Dalam masa yang sama, Kementerian Pengangkutan sedang memantau tindakan penunggang motosikal yang menggunakan ruang antara lorong (lane splitting) dan ruang di lorong yang sama (lane filtering) untuk memotong kenderaan lain di jalan berisiko tinggi terutama pada kelajuan tinggi.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) pada Rabu, tindakan hanya boleh diambil kepada penunggang jika mereka melakukannya di lebuh raya yang menyediakan laluan motosikal.
Loke juga mengatakan yang modul pembelajaran sekolah memandu sudah merangkumi aspek dihadapi penunggang motosikal semasa lane splitting atau lane filtering.
"Calon yang mengambil lesen sudah dilatih dengan modul latihan khusus mengenai kemahiran menunggang dengan selamat yang mengikuti peraturan jalan raya, termasuk cara memotong kenderaan dengan selamat," ujarnya. — The Star/HO JIA WEN/TARRENCE TAN/GERARD GIMINO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram