Bintang Gossip Girl, Michelle Trachtenberg meninggal dunia selepas beberapa bulan menjalani pemindahan hati


  • Hiburan
  • Khamis, 27 Feb 2025

Michelle Trachtenberg memulakan kerjayanya di Hollywood seawal usia tiga tahun menerusi iklan dan televisyen.

TERKENAL dengan wataknya dalam siri televisyen Buffy the Vampire Slayer dan Gossip Girl, pelakon dari Amerika Syarikat, Michelle Trachtenberg meninggal dunia pada Rabu.

Berita itu disahkan oleh Polis Bandar New York (NYPD) menerusi satu kenyataan.

"Dengan rasa dukacita, disahkan bahawa Michelle Trachtenberg telah meninggal dunia. Keluarga meminta sedikit ruang dan waktu bagi menghormati pemergian itu. Tiada butiran lanjut buat masa ini," kata kenyataan tersebut.

BACA LAGI: Kanak-kanak tercekik gummy eye ball di Pulau Pinang meninggal dunia

BACA LAGI: Anak saya tak pernah makan gula-gula gummy sebelum ini — Bapa Mohamad Fahmi

Leighton Meester dan Michelle Trachtenberg dalam drama Gossip Girl. — Giovanni Rufino/The CW/Courtesy Everett Collection

Memetik laporan CNN, pihak polis tiba di lokasi selepas menerima panggilan 911 pada hari sama, selepas pukul 8 pagi waktu tempatan dan menemui seorang wanita tidak sedarkan diri di dalam sebuah apartmen di Manhattan. 

Wanita tersebut kemudian disahkan sebagai Trachtenberg. Namun, punca kematian belum dikenal pasti.

Tambah NYPD, siasatan tidak menemui unsur jenayah dan akan diteruskan. 

Pada awal Rabu, wakil daripada NYPD memberitahu bahawa Trachtenberg baru-baru ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang memerlukan beliau menjalani pemindahan hati pada beberapa nulan lepas.

Kematiannya dilaporkan berpunca daripada sebab semula jadi dan bukan sebaliknya.

Pelakon yang dilahirkan pada 11 Oktober 1985 di New York itu memulakan kerjayanya di Hollywood ketika berusia tiga tahun menerusi iklan dan debut televisyennya dalam siri Nickelodeon The Adventures of Pete & Pete pada 1994.

Dia kemudiannya membintangi filem pertama Nickelodeon, Harriet the Spy pada 1996.

Bukan itu sahaja, malah, dia turut membintangi beberapa terbitan Nickelodeon yang membawanya kepada lakonan dalam EuroTrip pada 2004. 

Kemudian, dia muncul sebagai watak Dawn Summers dalam drama WB, Buffy the Vampire Slayer pada 2000 dan sebagai Georgina Sparks dalam siri televisyen CW, Gossip Girl pada 2007.

Antara lakonan lain termasuk telemovie Killing KennedySister Cities dan filem fiksyen sains, The Scribbler. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram