
SEORANG wanita didapati tercampak dari sebuah jejambat di kilometer 0.7, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Selasa.
Kejadian yang berlaku pada 6.50 petang itu menyebabkan wanita tersebut tercampak dari jejambat yang berketinggian 30 meter selepas motosikal dinaikinya bergesel dengan kereta.
Mangsa yang berusia 30 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
BACA LAGI: Polis tahan lelaki 40-an disyaki perkosa anak saudara di Semenyih
BACA LAGI: [VIDEO] Budak 2 tahun tahan kesakitan kaki tersepit eskalator di pusat beli-belah Alor Setar
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, kejadian itu berlaku selepas mangsa cuba melalui jalan berselekoh.
"Siasatan mendapati motosikal mangsa bergesel dengan kereta yang di hadapan sebelum mangsa terjatuh dari lebuh raya itu.
"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," kata Shahrulnizam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram