
USAHA pencarian kanak-kanak Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang dilaporkan hilang sejak Isnin terjawab apabila disahkan meninggal dunia.
Mayat bayi berusia 19 bulan itu ditemukan tersangkut pada pokok di sebuah sungai berhampiran Kampung Kerila, Kuala Krai, Kelantan kira-kira pukul 4.20 petang pada Rabu lapor Harian Metro.
Perkara itu disahkan jurucakap bomba dan laporan penuh siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memaklumkan, mangsa disedari tiada di dalam rumah sekitar pukul 7.20 malam Isnin.
Mangsa dikatakan hilang daripada pandangan selepas diberi makan nasi oleh ibunya di rumah.
Ahli keluarga juga difahamkan sudah mencari mangsa di sekitar parit dan kawasan hutan berhampiran rumahnya namun gagal menemukan sebarang bukti peninggalan mangsa sejak Isnin.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL..