
PENCARIAN pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu diteruskan di Lautan Hindi.
Berdasarkan laporan agensi, kapal sokongan laut dalam milik Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), Armada 7806 sudah tiba di zon pencarian baharu kira-kira 1,500 kilometer (km) dari pantai Perth, Australia pada hujung minggu lalu.
Sebuah kenderaan bawah air autonomi yang juga dihantar dari kapal itu memulakan imbasan terperinci dasar laut dalam masa beberapa jam selepas ketibaannya di lokasi itu.
BACA LAGI: Kerajaan beri kerjasama penuh jika usaha pencarian MH370 berhasil — PM Anwar
BACA LAGI: 24,000 tan beras putih tempatan 10kg dijual RM26 bermula 1 Mac
Pesawat MH370 bersama penumpang dan anak kapal hilang 11 tahun lalu dan masih belum dijumpai sehingga kini. — Gambar hiasan
Manakala, Armada 7806 akan mencari di kawasan seluas 15,000km persegi selama enam minggu dan hanya membuat pemantauan khusus di empat lokasi panas yang dijangka sebagai tempat bangkai pesawat Boeing 777.
Pada Disember 2024, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan bahawa Ocean Infinity akan menjalankan pencarian dengan kontrak 'tidak jumpa, tiada bayaran' yang bermaksud kerajaan Malaysia tidak akan menanggung sebarang kos jika tiada serpihan ditemui.
Sekiranya serpihan itu ditemui, syarikat itu meminta bayaran sebanyak kira-kira RM300 juta (AS70 juta) sama seperti dijanjikan pada 2018.
Kehilangan pesawat MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal menjadi antara misteri penerbangan terbesar dalam sejarah.
Malaysia dengan kerjasama China dan Australia sebelum ini mencari 120,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.
Usaha pencarian awal Ocean Infinity pada Januari 2018 meliputi kawasan seluas 25,000km persegi tetapi berakhir pada Jun 2025 tanpa sebarang penemuan. — The Star/R.SEKARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram