
INSIDEN di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya pada Khamis menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki yang terpelosok ke bawah kenderaan tercedera.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar pukul 4.55 petang dengan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.
Dalam pada itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Presint 7 bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan tiga buah motosikal Unit Rapid Intervention Motorcyle (RIM).
Moga dipermudahkan urusan adik Khairul.Bagi saya,bukan salah pemandu kereta tu. Cuma pemandu di kawasan sekolah kena lagi alert spy dpt respon dgn cepat. pic.twitter.com/J0dRpCKEjt
— Ruben Amorimau (@Nassok20) February 21, 2025
"Sebelum ketibaan pasukan bomba, anggota bomba dalam pelepasan tugas, Abdul Halim Sidqi berada di tempat kejadian.
"Beliau telah meminta kerjasama orang awam untuk terbalikkan kenderaan bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kenderaan," kata kenyataan itu pada Khamis.
Tambahnya lagi, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan rawatan lanjut dan operasi tamat pukul 5.29 petang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram