[VIDEO] Alif Satar mulakan rutin harian bekerja dengar alunan suci Al-Quran, siap ajak Azizulhasni Awang duduk berjiran sebelah rumah


  • Hiburan
  • Jumaat, 21 Feb 2025

Alif Satar berkongsi amalan sebelum memulakan kerja.

PELAKON dan penyanyi terkenal, Alif Satar menjadikan bacaan al-Quran sebagai amalan harian sebelum memulakan segala aktiviti.

Dalam satu rakaman  video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Jumaat, Alif dilihat masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan dengan membaca doa menaiki kenderaan termasuk lafaz "Bismillahi Tawakkaltu Alallah, La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Adzim", serta menyebut "Allahuakbar" sebanyak tiga kali.

Selain itu, Alif turut memasang bacaan surah al-Kahfi di dalam keretanya dan mengikut bacaan tersebut sambil memandu. 

BACA LAGI: [VIDEO] Sibuk 'bergayut' telefon waktu kerja, pekerja kilang 'bergulung' ditelan mesin proses plastik

BACA LAGI: [VIDEO] Hilang lepas COD, gadis Indonesia ditemukan dalam sungai, diperkosa 3 lelaki termasuk kekasih dari Perak

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, yang meninggalkan komen ringkas, 'Yalla Habibi.'

Menariknya, Alif membalas komen tersebut dengan nada berseloroh, 'Yalla. Rumah sebelah masih kosong. Marilah berjiran'.

Posting tersebut turut mendapat perhatian ramai termasuk pengarah terkenal, Aidid Marcello yang memuji amalan Alif dan menyifatkannya sebagai contoh yang baik kepada masyarakat. 

"Keluar dengan keberkahan. Beribadah. Isteri di rumah pula doa kepada suami untuk mendapat rezeki yang berkah. Apa lagi yang kita nak dalam hidup, kan? 

"Terbaik kau, Alif. Inilah yang patut diidolakan," tulis Aidid.

Seorang lagi pengguna media sosial, Mohamad Fitri Basri turut memuji Alif kerana mengajak orang lain untuk membaca al-Quran.

"Alhamdulillah bro. Baguslah ajak orang baca al-Quran," katanya.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram