Otai memancing hilang jatuh sungai dekat 'lubuk' sejauh 109km dari rumah di Kuala Rompin


  • 112
  • Khamis, 20 Feb 2025

Saari Awang (gambar kecil) dipercayai terjatuh ke sungai di kawasan Jeti Kampung Menchali, dekat Kuala Rompin, Kuantan, Pahang pada Khamis. — Bomba

SEORANG lelaki warga emas hilang dipercayai terjatuh ke sungai di kawasan Jeti Kampung Menchali, dekat Kuala Rompin, Kuantan, Pahang pada Khamis.

Mangsa Saari Awang, 67, dari FELDA Keratong 6 Muadzam Shah, Pahang dikatakan ke lokasi terbabit untuk memancing sebelum disyaki terjatuh ke sungai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 2 pagi. 

BACA LAGI : [VIDEO] Terlebih berani hulur makanan sambil usap buaya 'mangsa banjir', warga emas hampir maut dibaham

BACA LAGI : [VIDEO] Warga emas hidap skizofrenia maut, kaki tersadung dirempuh kenderaan ketika lintas jalan di Mexico

"Susulan itu, satu operasi pencarian digerakkan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Sehingga pukul 3 petang ini (Khamis), mangsa belum ditemukan dan operasi pencarian masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram