
TANGGAL 3 Julai 2023 menjadi detik hitam yang hampir meragut nyawa seorang kanak-kanak di Phnom Penh, Kemboja.
Bagaimanapun, seorang ibu dan juga merupakan peniaga kecil, Pip Srey bertindak pantas dalam situasi genting sewaktu siling rumahnya tiba-tiba runtuh sehingga hampir menimpa anaknya yang masih kecil.
Pada petang itu, selepas menutup kedainya, Srey berada di dalam rumah bersama tiga anaknya, namun, bunyi retakan tiba-tiba kedengaran yang menandakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara tak tunggu tongkang berhenti, badan lelaki nyaris terbelah
Tanpa berfikir panjang, Srey segera menarik dua anaknya dan memutuskan untuk melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa mereka.
Namun, di saat genting itu, dia tersentak apabila menyedari seorang lagi anaknya masih berada dalam baby walker dan tidak mampu bergerak.
Srey segera berpatah balik ke dalam rumah yang hampir runtuh dan menarik bayinya dari zon bahaya itu.
Selang beberapa saat, siling itu runtuh ke bawah lantai dengan dentuman yang kuat.
“Jika saya lewat walaupun sesaat, mungkin anak saya tidak akan selamat. Saya tidak berfikir, saya hanya bertindak,” kata Srey.
Pasukan pembaikan yang datang selepas kejadian mengesahkan bahawa runtuhan itu berpunca daripada kelemahan struktur bangunan dan hujan lebat yang berpanjangan.
"Bangunan ini tidak mempunyai sistem kalis air dalam pelan asalnya, menyebabkan air hujan melemahkan siling," kata salah seorang pekerja binaan.
Srey masih terkesan dengan tragedi itu, namun bersyukur kerana nyawa anak-anaknya terselamat.
Insiden itu menjadi peringatan tentang bahaya rumah yang tidak dibina dengan kualiti yang baik.
3 Julai 2023 menjadi detik hitam yang hampir meragut nyawa seorang kanak-kanak di Phnom Penh, Kemboja.
Bagaimanapun, seorang ibu dan juga merupakan peniaga kecil, Pip Srey bertindak pantas dalam situasi genting sewaktu siling rumahnya tiba-tiba runtuh sehingga hampir menimpa anaknya yang masih kecil.
Pada petang itu, selepas menutup kedainya, Srey berada di dalam rumah bersama tiga anaknya, namun, bunyi retakan tajam tiba-tiba kedengaran yang menandakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Tanpa berfikir panjang, Srey segera menarik dua anaknya dan memutuskan untuk melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa mereka.
Namun, di saat genting itu, dia tersentak apabila menyedari seorang lagi anaknya masih berada dalam baby walker dan tidak mampu bergerak.
Srey segera berpatah balik ke dalam rumah yang hampir runtuh dan menarik bayinya dari zon bahaya itu.
Selang beberapa saat, siling itu runtuh ke bawah lantai dengan dentuman yang kuat.
“Jika saya lewat walaupun sesaat, mungkin anak saya tidak akan selamat. Saya tidak berfikir, saya hanya bertindak,” kata Srey.
Pasukan pembaikan yang datang selepas kejadian mengesahkan bahawa runtuhan itu berpunca daripada kelemahan struktur bangunan dan hujan lebat yang berpanjangan.
"Bangunan ini tidak mempunyai sistem kalis air dalam pelan asalnya, menyebabkan air hujan melemahkan siling," kata salah seorang pekerja binaan.
Srey masih terkesan dengan tragedi itu, namun bersyukur kerana nyawa anak-anaknya terselamat.
Insiden itu menjadi peringatan tentang bahaya rumah yang tidak dibina dengan kualiti yang baik. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram