
TIGA sungai utama di dearah Durin sekitar Sibu, Sarawak akan dibersihkan selepas berpuluh tahun diabaikan pihak berkuasa tempatan.
Pengerusi Parti Demografik Progresif (PDP), Datuk Teo Boon Siew mengumumkan peruntukan RM1.2 juta disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) bagi operasi pembersihan Sungai Durin, Sungai Naman dan Sungai Assan.
Teo yang mengarahkan kerja-kerja itu berkata, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing memainkan peranan besar dalam memastikan dana disalurkan kerajaan.
BACA LAGI: Jalan baharu di Sibu cetuskan kesesakan melampau
BACA LAGI: Sarawak belanja RM2.5 juta naikkan jalan elak banjir di Sibu, bakal manfaat 7,000 rumah
Pelbagai isu perlu diselesaikan dalam operasi pembersihan ketiga-tiga sungai tersebut.
"Ketiga-tiga sungai itu tidak dibersihkan lebih dari 50 tahun. Isu seperti pokok tumbang, pertumbuhan flora tidak terkawaldan pencemaran mengganggu ekosistem di tali air tersebut.
"Sungai ini bukan sahaja penting dari aspek pengangkutan penduduk setempat, malah ia juga memainkan peranan dalam pelbagai aktiviti yang bergantung kepada kualiti dan kebersihan punca air," katanya.
Teo berkata demikian kepada pemberita selepas upacara penghormatan terhadap roh yang diadakan bersempena projek pembersihan Sungai Durin pada Rabu.
Menurutnya lagi, RM300,000 juga sudah diperuntukkan secara sama rata bagi pembersihan Sungai Durin dan Sungai Daman sementara dana RM600,000 lagi disalurkan bagi kerja-kerja di Sungai Assan.
“Pembersihan yang bermula beberapa minggu lalu dihentikan sementara berikutan cuaca hujan dan air surut. Bagaimanapun, dengan cuaca sudah semakin baik, kontraktor dijangka mempercepatkan kerja," tambah Teo. — The Star/ANDY CHUA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram