[VIDEO] Gara-gara tak tunggu tongkang berhenti, badan lelaki nyaris terbelah


  • Benua
  • Sabtu, 08 Feb 2025

Seorang lelaki bergelut untuk menyelamatkan diri sendiri selepas hampir tersepit tongkang.

SEORANG penumpang mengalami detik ngeri apabila tubuhnya hampir terhimpit oleh tongkang feri yang sedang berlabuh ke pesisir pantai.

Kejadian mencemaskan itu sempat dirakam dan tular di media sosial sejak Sabtu sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Awalnya, feri tersebut menghampiri pantai dengan perlahan sementara tongkang mula diturunkan secara sedikit demi sedikit.

Seorang pekerja berbaju kuning dilihat menunggu di tepi pantai dengan penuh perhatian untuk bersiap sedia menyambut ketibaan feri tersebut.

Turut dilihat, feri berkenaan dipenuhi dengan penumpang dan kenderaan termasuk sebuah bas putih serta beberapa trak pikap di atas dek.

Ketika para penumpang yang lain berdiri menunggu giliran untuk turun, seorang lelaki berbaju merah mula berjalan menghampiri bahagian hujung feri, seolah-olah tidak sabar menjadi orang pertama yang sampai ke darat.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan secara tiba-tiba tergelincir ke bawah rampa (ramp) sehingga badannya beberapa meter hampir tersepit yang berkemungkinan terbelah dua jika gagal diselamatkan.

Dalam keadaan panik, dia bergelut untuk menyelamatkan diri sendiri daripada dihimpit oleh tongkang yang semakin menurun ke bawah.

Seorang lelaki berbaju hitam dari feri yang sama bergegas menarik mangsa agar dapat berdiri semula.

Tindakan pantas itu berjaya menyelamatkan mangsa daripada dihempap tongkang.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan berhubung isu itu, selain lokasi sebenar kejadian dan masa juga tidak dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram