[VIDEO] 'Macam dalam drama', askar silap 'landing' jatuh hempap wanita tunggang motor depan masjid


  • Tular
  • Isnin, 17 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan insiden yang berlaku ketika lelaki tersebut sedang cuba mendarat di perkarangan masjid.

SEORANG anggota unit beruniform berdepan detik cemas apabila gagal mengawal pergerakannya ketika melakukan pendaratan di kawasan masjid baru-baru ini.

Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, anggota lengkap memakai uniform seperti tentera bersama cuba mendarat dengan menggunakan payung terjunnya.

Selepas beberapa minit di atas udara, dia kemudiannya dilihat berusaha untuk turun dengan selamat di hadapan masjid tersebut. 

BACA LAGI: [VIDEO] Masih terkenang budi baik, majikan Malaysia sefamili sanggup terbang jauh jumpa bekas pembantu rumah di Indonesia

BACA LAGI: Buat ‘eyelash lifting’ harus cuma jangan sampai tabaruj! Guna inai pun dianggap berlebih-lebihan

Namun, cubaan tersebut gagal apabila dia terjatuh di atas sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita di lokasi itu. 

Pelanggaran itu sekali gus menyebabkan penunggang terbabit hilang kawalan dan terjatuh.

Payung terjunnya pada masa sama tersangkut di lingkaran wayar elektrik di lokasi kejadian. 

Susulan itu, beberapa anggota lain dan orang awam bergegas menghampiri dan membantu kedua-dua mangsa.

Bagaimanapun keadaan kedua-dua individu tersebut masih belum dapat dipastikan lagi.

Identiti anggota dan lokasi sebenar juga tidak dapat dikenal pasti. 

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. 

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian ramai kerana ia dilihat seolah-olah klip di dalam drama. 

"Ini macam jodoh jatuh dari langit," tulis Janna Nick Fans.

"Boleh terus masuk masjid akan nikah," seloroh Tay Kira. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram daTelegram