Penjawat awam di Pahang tamat kerja pukul 12.30 tengah hari setiap Jumaat sepanjang Ramadan


  • Primer
  • Jumaat, 14 Feb 2025

Al-Sultan Abdullah (kanan) berharap agar rakyat di Pahang dapat memanfaatkan perkara itu dengan menambah amal ibadah sepanjang bulan Ramadan. — Facebook/Kesultanan Pahang

SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menetapkan waktu bekerja setiap Jumaat bagi penjawat awam di negeri itu tamat pukul 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan.

Baginda bertitah, ia bagi membolehkan penjawat awam meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan menghormati hari penghulu segala hari (Jumaat).

Baginda turut berharap agar rakyat dapat mengambil peluang itu untuk memperbanyakkan membaca al-Quran, merenung dan menambah amalan mulia.

BACA LAGI: Kongsi foto cincin di jari manis, Syafiq Kyle-Mimi Lana dikhabarkan bernikah tanpa pengetahuan peminat

BACA LAGI: Buat ‘eyelash lifting’ harus cuma jangan sampai tabaruj! Guna inai pun dianggap berlebih-lebihan

Tambahnya, Ramadan juga merupakan masa terbaik untuk umat Islam kembali kepada fitrah dan mengurangkan fokus terhadap perkara duniawi.

"Saya juga tidak terlepas dalam menghidupkan pembacaan dan mentadabbur ayat suci al-Quran bersama-sama pegawai dan staf di Istana Abdulaziz.

“Sesungguhnya, al-Quran itu bukan sekadar dibaca tetapi difahami dan dihayati maknanya. IImu Al-Quran ini wajib dipelajari secara bertalaqi, sebagaimana Rasulullah SAW sendiri diajarkan oleh malaikat Jibril," titahnya menerusi satu hantaran di akaun Facebook Kesultanan Pahang pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram