Kereta terbabas masuk gaung di Raub, bapa pilu peluk erat jasad anak tepi jalan


  • 112
  • Rabu, 12 Feb 2025

Orang awam sayu melihat sosok seorang bapa memeluk erat mayat anak perempuannya yang berusia lima tahun di tepi jalan di Raub pada Selasa.

ORANG awam sayu melihat sosok seorang bapa memeluk erat mayat anak perempuannya yang berusia lima tahun di tepi jalan.

Tindakan sayu itu selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung di jalan lama Raub-Bentong dekat jambatan besi pertama Tras, Raub, Pahang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara tak tunggu tongkang berhenti, badan lelaki nyaris terbelah

BACA LAGI: [VIDEO] Bertarung nyawa 12 jam di bawah runtuhan, 3 pekerja maut bangunan di tapak pembinaan haram tiba-tiba runtuh di Sepanyol

Shahril berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Honda Accord dipandu bapa mangsa yang juga buruh ladang durian dalam perjalanan dari arah Tranum menuju ke Raub.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.

"Akibat kemalangan tersebut, pemandu berusia 30 tahun masih sedar dan telah membawa naik mangsa penumpang hadapan, seorang kanak-kanak perempuan iaitu anaknya sendiri yang tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Shahril berkata, pasukan bomba dan penyelamat juga berusaha memberikan bantuan pernafasan dalam usaha menyelamatkan mangsa.

Katanya lagi, pembantu perubatan Hospital Raub yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram