Mahkamah Tinggi arah kerajaan, Razak Baginda bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya


Abdul Razak Baginda (kanan) diperintahkan membayar lebih RM9 juta kepada keluarga mendiang model, Mongolia Altantuya Shaariibuu (kiri).

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, Selangor pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda membayar lebih RM9 juta kepada keluarga mendiang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam keluarga Shaariibuu, Sangeet Kaur Deo berkata, Pesuruhjaya Kehakiman, M Sumathi mengarahkan kedua-dua pihak menjelaskan bayaran dalam tempoh 30 hari.

Bayaran mesti dimasukkan ke dalam akaun firma guaman Karpal Singh & Co sehingga rayuan diselesaikan.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara tak tunggu tongkang berhenti, badan lelaki nyaris terbelah

BACA LAGI: [VIDEO] Bertarung nyawa 12 jam di bawah runtuhan, 3 pekerja maut bangunan di tapak pembinaan haram tiba-tiba runtuh di Sepanyol

Altantuya dilaporkan terlibat sebagai penterjemah dalam rundingan penjualan kapal selam oleh pembekal senjata Perancis, DNS, kepada kerajaan Malaysia.

Dia dibunuh oleh dua pengawal peribadi Datuk Seri Najib Razak, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri pada 18 Oktober 2006.

Susulan pembunuhan itu, dua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah telah ditahan dan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Altantuya pada November 2006. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MENYUSUL...