Surau, tandas Hospital Sultanah Aminah dinaik taraf beri lebih keselesaan kepada pesakit


  • Primer
  • Selasa, 11 Feb 2025

Ling (kanan) akan terus melawat HSA untuk mendapatkan maklum balas penambahbaikan daripada kakitangan penjagaan kesihatan dan pesakit.

BAGI meningkatkan keselesaan pesakit dan petugas kesihatan Hospital Sultanah Aminah, kemudahan seperti tandas dan surau sedang dinaik taraf.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kerajaan negeri memperuntukkan hampIr RM 700,000 untuk penambahbaikan HSA, yang dikenali sebagai hospital awam kedua tersibuk di Malaysia.

“Projek itu melibatkan penyediaan kemudahan yang lebih baik di 80 tandas untuk menjadikannya lebih mudah diakses oleh warga emas dan orang kurang upaya.

BACA LAGI: Cerai melalui teks, media sosial, bagaimana mahkamah nilai kesahannya?

BACA LAGI: Burung 'firehawks' rupanya boleh cetus kebakaran hutan

“Naik taraf tandas dijadualkan siap pada penghujung Februari,” katanya ketika ditemu bual.

Ling menambah, kerja-kerja menambah baik kemudahan surau hospital akan bermula selepas tandas dinaik taraf.

Cross-border travel for Malaysians working in Singapore will not be affected by the recent wave of Covid-19 infections in the island republic, says Johor health and environment committee chairman Ling Tian Soon. — THOMAS YONG/The Star

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon

“Penambahbaikan sistem elektrik, pencegah kebakaran dan penyaman udara HSA di bangunan utamanya juga sedang dijalankan.

“Kerja-kerja pembaikan utama bermula pada 2023 dan dijangka siap tahun 2026,” kongsinya.

Ling berkata, kerja-kerja itu tidak akan mengganggu operasi hospital tetapi memberi bayangan bahawa wad tertentu mungkin perlu ditutup sementara, dan pesakit dipindahkan ke kawasan alternatif yang sesuai.

Beliau berkata demikian ketika sesi lawatannya ke HSA baru-baru ini untuk meninjau kemajuan naik taraf itu.

Beliau juga melawat kawasan hospital lain seperti wad lelaki.

Bersempena Tahun Baharu Cina, Ling turut berkesempatan memberikan limau mandarin kepada kakitangan penjagaan kesihatan.

Ling berkata, beliau akan terus melawat HSA untuk mendengar maklum balas daripada pekerja penjagaan kesihatan dan pesakit tentang bagaimana kerajaan negeri boleh menambah baik kemudahan hospital itu.

“Untuk bajet negeri tahun ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memperuntukkan lebih RM10 juta untuk menyokong sistem penjagaan kesihatan awam di seluruh negeri.

“Kerajaan Johor kekal komited untuk meningkatkan kualiti institusi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan awam untuk rakyat,” katanya. — TheStar/YEE XIANG YUN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram