DBKL roboh struktur Insaf Malaysia di Setiawangsa


  • Primer
  • Sabtu, 08 Feb 2025

Operasi merobohkan premis diduduki Insaf Malaysia di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kekal dengan keputusan merobohkan premis diduduki Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (Insaf Malaysia) di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur selepas beberapa notis pengosongan dikeluarkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut telah beroperasi di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran selama beberapa tahun.

"Walaupun usaha mereka dalam kerja amal amat dihargai, namun peraturan dan garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa perlu dipatuhi.

BACA LAGI : [VIDEO] Leka jawab panggilan telefon ketika bertugas, pekerja kilang di Pakistan maut 'ditelan' mesin kertas

BACA LAGI : [VIDEO] Tali gondola terputus, 2 pekerja Indonesia maut terjatuh ketika cuci cermin di tingkat 8 pusat beli-belah

"Mereka telah beroperasi bertahun-tahun di tanah milik Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.

Exclusive interview with Zaliha 1) on her one year with JWP 2) on FT Day cover at Minister's office - Menara Seri Wilayah - Presinct 2, Putrajaya. — YAP CHEE HONG/The Star

Dr Zaliha Mustafa berkata, Insaf Malaysia telah beroperasi di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran selama beberapa tahun.

Menurut Zaliha, beberapa notis telah dikeluarkan untuk mengosongkan premis berkenaan.

Namun, apabila NGO itu gagal memenuhi tarikh akhir, DBKL memberikan beberapa lanjutan masa bagi membolehkan mereka mencari tapak alternatif.

Jelas Zaliha lagi, Insaf Malaysia ada menyatakan minat untuk mendapatkan tanah itu secara rasmi, tetapi hasrat tersebut tidak dapat dipenuhi kerana tapak berkenaan telah diwartakan sebagai kawasan lapang.

"Selain itu, tapak premis itu juga berada di bawah pengawasan DBKL dan sudah ada perancangan untuk membangunkannya sebagai taman.

"Lanjutan terakhir yang diberikan kepada NGO tersebut telah berakhir pada 31 Januari lalu. Mereka kemudiannya meminta tambahan dua minggu lagi bagi mengosongkan beberapa kabin yang masih ada di tapak itu," jelasnya.

476156732_990877823092654_5240451472747483084_n

DBKL hanya merobohkan struktur yang telah dikosongkan selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Tambah beliau lagi, wakil Insaf Malaysia tersebut juga sudah menandatangani surat akujanji untuk mengosongkan dan merobohkan struktur yang masih ada dalam tempoh tambahan tersebut.

"DBKL hanya merobohkan struktur yang telah dikosongkan selaras dengan peraturan, manakala tiga kabin yang masih berisi tidak disentuh seperti yang dijanjikan," katanya lagi.

Operasi perobohan itu melibatkan pemindahan beberapa struktur termasuk dua garaj, satu unit pejabat, dua kabin, dapur terbuka, dua tandas, serta pagar konkrit di sekitar kawasan tersebut.

Sebelum ini, StarMetro melaporkan bahawa beberapa sesi libat urus telah diadakan dengan NGO terbabit sejak Disember 2023, dan pelbagai notis pengosongan telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, seorang wakil Insaf Malaysia menyatakan rasa kecewa dengan cara situasi itu ditangani dan menyatakan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mencari tapak alternatif. — The Star/ BAVANI M

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram