Sempat tarik keluar sebelum api merebak, pengawal keselamatan selamatkan juruterbang nahas helikopter Bentong


  • 112
  • Jumaat, 07 Feb 2025

Nahas helikopter terhempas di Bentong, Pahang pada Khamis berlaku ketika sedang mengisi minyak. — Facebook

JURUTERBANG helikopter terhempas di Jalan Lama Bentong, Pahang pada Khamis berjaya diselamatkan oleh seorang pengawal keselamatan.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pengawal tersebut bertindak pantas menyelamatkan juruterbang warga Indonesia dikenali sebagai Kustiyadi, 44, selepas melihat kejadian itu.

Menurutnya, pengawal itu juga sempat mengeluarkan mangsa sebelum api merebak.

BACA LAGI: Polis kenal pasti identiti mangsa nahas helikopter, seorang jurutera warga Indonesia

BACA LAGI: [VIDEO] Helikopter terhempas kendalian MHS Aviation Berhad, terbang buat kerja keudaraan — CAAM

5849387970300327717

Finsen Resky Sembiring (gambar kecil) yang maut di tempat kejadian.

Katanya, sebaik melihat kejadian, dia segera menarik juruterbang keluar dari helikopter yang sedang terbakar sebelum menghubungi pihak bomba.

Sebelum ini, helikopter Bell 206L-4 Long Ranger dengan nombor pendaftaran PK-ZUV yang dikendalikan oleh MHS Aviation Berhad terhempas di Bentong.

Kejadian itu turut mengorbankan seorang jurutera warga Indonesia (petugas di lapangan) dikenali sebagai Finsen Resky Sembiring, 27.

Hasil siasatan, polis mendapati, mangsa yang berada di tapak pendaratan helikopter semasa kejadian dipercayai maut akibat libasan bilah kipas helikopter selepas ia gagal dikawal ketika membuat hovering setinggi kira-kira tiga kaki semasa ingin mengisi minyak.

Hal itu menyebabkan skid (kaki) pesawat itu bergesel dengan tempat pendaratan, lalu terbalik dan berlaku kebakaran.

Polis bagaimanapun masih menunggu keputusan daripada pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram