![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/06/3154141.jpeg)
PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan berlaku kemalangan melibatkan helikopter Bell 206L4 dengan nombor pendaftaran PK-ZUV di tapak pendaratan helikopter dekat Bentong, Pahang pada Jumaat.
CAAM menerusi satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 10.26 pagi melibatkan helikopter yang disewa dan dikendalikan oleh MHS Aviation Berhad.
Ketika insiden, helikopter tersebut sedang dalam penerbangan kerja keudaraan.
BACA LAGI: Helikopter terhempas di Bentong, mangsa maut kepala terkena libasan bilah kipas
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Alza langgar mati pelajar cemerlang negatif dadah, dibebas dengan jaminan polis
"Maklumat terakhir yang diterima oleh Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) di Pusat Kawalan Trak Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada pukul 10.18 pagi mengesahkan helikopter tersebut dalam proses untuk mendarat," jelas kenyataan pada Khamis.
Kemalangan itu melibatkan seorang kru darat, namun juruterbang helikopter dilaporkan selamat.
"Siasatan lanjut akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016,” tambah CAAM.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa sebuah helikopter Bell 206L-4 Long Ranger terbakar ketika mendarat di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, Pahang, menyebabkan seorang maut dan seorang lagi terselamat.
Kejadian berlaku berhampiran kawasan kolam air panas ketika helikopter digunakan untuk kerja pengangkutan pemasangan kabel. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram