Identiti masih misteri, orang awam terkejut jumpa mayat telangkup dalam tangki simpanan air Pulau Pangkor


  • 112
  • Rabu, 05 Feb 2025

Orang awam digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui mati dalam tangki simpanan air di pelantar P5, Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor pada Rabu. — Facebook

ORANG awam digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui mati dalam tangki simpanan air di pelantar P5, Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor, Perak pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu sekitar pukul 3.15 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terlungkup dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Sakit hati dimalukan depan keluarga, suami tergamak tanam isteri warga Aceh hidup-hidup

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas NVIDIA, giliran Elon Musk dimalukan robot penari China

6131775683395961093

Mangsa ditemui dalam keadaan terlungkup di Sungai Pinang Besar. — Facebook

Susulan itu, Hasbullah berkata, mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik, Hospital Seri Manjung bagi tujuan bedah siasat.

Tambahnya lagi, Orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menghubungi Balai Polis Pangkor atau Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau WhatsApp 014-6828005. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram