
PEMBERIAN diskaun tol sebanyak 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan termasuk Aidilfitri pada tahun ini, kata Menteri Kerja Raya.
Memetik laporan The Star, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu dapat menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan.
"Dalam setahun, lapan hari diperuntukkan untuk perjalanan bebas tol, dan kini, bilangan hari yang sama akan mendapat diskaun 50 peratus bayaran tol.
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Alza langgar mati pelajar cemerlang negatif dadah, dibebas dengan jaminan polis
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan kerja ke Laluan Persekutuan FT05 Sungai Besar - Sabak Bernam pada Selasa.
Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberi potongan tol 50 peratus daripada kadar tol biasa sempena Tahun Baharu Cina.
Katanya lagi, potongan tol itu dilaksanakan bermula pukul 12.01 tengah malam 27 Januari dan berakhir pukul 11.59 malam 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja.
Nanta berkata, keputusan itu ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet pada 24 Januari lepas membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan berjumlah RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
“Bagi Tahun Baharu Cina, diskaun 50 peratus diberikan memandangkan rakyat masih memerlukannya (pada musim perayaan).
“Justeru, Kabinet memutuskan untuk meneruskannya sepanjang tahun pada musim perayaan, termasuk Aidilfitri dan seterusnya,” katanya.
Ia dilaksanakan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram