Peniaga pasar di Johor akui pelanggan makin ramai hujung minggu, tak perlu hantar anak sekolah


  • Massa
  • Jumaat, 31 Jan 2025

Mohd Taupek (kanan) berkata, harga makanan laut meningkat semasa Tahun Baharu Cina.

PERNIAGAAN di pasar awam Taman Perling, Johor Bahru semakin meningkat sejak negeri itu mula mengamalkan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad.

Pemilik Thaqif Qastari Enterprise, Mohd Taupek Kasim berkata, adalah terlalu awal untuk menilai impak jangka panjangnya.

"Bagaimanapun, kami menerima lebih ramai pelanggan pada Sabtu dan Ahad pertama bulan ini," katanya ketika ditemukan di kedainya.

BACA LAGI: Inisiatif hidup semula bangunan 'mati', projek PAK beri nafas baharu kepada Pasar Awam Kluang

BACA LAGI: Pasar awam RM60 juta bakal beri manfaat buat penduduk Bandar Cassia

jbzweekends090125 - Crowd started coming back since Johor switches Friday-Saturday weekends to Saturday-Sunday starting January 2025. (Photo by ZAZALI MUSA)

Orang ramai mula membanjiri pasar di Taman Perling pada hujung minggu.

Mohd Taupek yang berniaga ikan dan makanan laut lain di pasar tersebut selama 10 tahun optimis bahawa perniagaan akan bertambah baik dengan perubahan ini.

Dia menjangkakan lebih ramai penduduk tempatan dan rakyat Singapura akan berkunjung ke pasar untuk membeli ikan dan produk makanan laut lain.

"Harga ikan dan makanan laut lain telah meningkat," tambah Mohd Taupek.

Dia berkata, udang yang diternak oleh ladang bersaiz besar kini dijual pada harga RM55 sekilogram berbanding RM40 pada Disember lalu, sementara udang laut yang sebelum ini berharga antara RM50 hingga RM60, kini dijual antara RM80 hingga RM100 sekilogram (kg).

Mohd Taupek berkata, ikan bawal puteh yang beratnya antara 600 gram (g) hingga 700g dijual pada harga RM80 ke atas seekor, manakala bawal cupak dijual pada harga RM200 seekor.

jbzweekends090125 - Vegetable seller Phua Ming Hui says apart from regular customers, he also receives new customers since the Saturday-Sunday weekends. (Photo by ZAZALI MUSA)

Phua menerima lebih ramai pengunjung baharu sejak perubahan waktu operasi.

Pemilik Ming Hui Tani Trading, Phua Ming Hui juga mengakui lebih ramai pelanggan datang ke pasar sejak negeri mengamalkan hujung minggu Sabtu-Ahad.

"Kebanyakan daripada mereka bekerja di Singapura. Sekarang mereka boleh datang ke pasar terutama pada hari Ahad, bukannya menghantar anak ke sekolah," katanya.

Phua berkata, selain pelanggan tetap, beliau juga mendapat pelanggan baru yang membeli sayur-sayuran.

Menurutnya, pasar basah Taman Perling tidak hanya melayani penduduk dari Taman Perling, tetapi juga dari Taman Bukit Indah, Tampoi, Bandar Uda Utama, Bandar Baru Uda, Taman Nusa Idaman dan kampung-kampung berdekatan.

Phua berkata sayur-sayuran seperti choy sum Jepun, sawi bunga, tong hou (daun krisantimum), brokoli, jagung dan bunga kubis sangat popular semasa Tahun Baru Cina.

"Orang Cina suka makan sayur-sayuran ini bersama daging, udang, bebola ikan, tofu dan mi untuk makan stimbot semasa makan malam keluarga," katanya. — The Star/ZAZALI MUSA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram