ROMBONGAN berkelah kumpulan pelajar sebuah sekolah di Indonesia bertukar tragedi selepas 13 daripada mereka ditarik ombak dalam kejadian di Pantai Drini, Gunung Kidul, Yogyakarta pada Selasa.
Lebih menyedihkan, dalam kejadian tersebut, hanya sembilan daripada mereka berjaya diselamatkan manakala empat lagi ditemukan lemas.
Dalam pada itu, video tular turut memaparkan detik-detik ketika penduduk tempatan yang juga nelayan cuba menyelamatkan kumpulan pelajar berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Budak 9 tahun disyaki lemas ketika ambil selipar jatuh longkang di Kota Tinggi
BACA LAGI: [VIDEO] Mayat wanita Indonesia disumbat dalam bagasi, ditemukan tak sempurna ketika buang sampah
Dalam klip berkenaan, nelayan dilihat menaiki bot dan menghampiri kumpulan pelajar terbabit yang dilihat sudah dihanyutkan ombak agak jauh dari pantai.
Menerusi klip berkenaan, beberapa pelajar dilihat berjaya ditarik keluar dari air dan naik ke atas bot.
Usaha mencari dan menyelamat dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa bersama penduduk tempatan. — Agensi
Pada masa sama, nelayan yang berada di atas bot juga kelihatan mencampakkan jaring untuk membolehkan mangsa berpaut.
Kepala pelajar yang masih terapung di atas air dan menanti untuk diselamatkan juga dapat dilihat di dalam video berkenaan.
Kesemua mangsa terbabit merupakan pelajar daripada Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 7 Mojokerto.
Dramatis, detik detik nelayan dan SAR mengevakuasi para siswa SMP 7 mojokerto yang mengalami musibah dipantai DRINI gunungkidul yogyakarta
(Fokusgunungkidul) pic.twitter.com/07pba9CXqT
— Merapi Uncover (@merapi_uncover) January 28, 2025
Sementara itu, mayat terakhir mangsa yang meninggal dunia ditemui iaitu Rifqy Yuda Pratama, 13, ditemukan keesokan harinya pada Rabu menerusi operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa.
Menurut polis, jasad Rifqy ditemukan 100 meter dari lokasi kejadian.
Tiga lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Alfyan Aditya Pratama, Malven Yusuf, Bayhaqy Fatyanah dengan kesemuanya berusia 13 tahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram