
DI tengah kesibukan The Exchange TRX, Kuala Lumpur, restoran terkenal, Las Meninas berdiri megah dengan menawarkan pengalaman masakan Sepanyol yang sukar dilupakan.
Suasana berada di situ seakan-akan membawa anda terus ke kota Barcelona, dengan dilengkapi ruang makan dalaman yang selesa dan kawasan luaran dihiasi penuh warna kehijauan.
Nama restoran itu diinspirasikan daripada karya agung pelukis terkenal Sepanyol, Diego Velazquez iaitu Las Meninas (1656) yang terus mempesonakan dunia selama berabad-abad.
BACA LAGI: [VIDEO] E-Sukan VR pertama di Malaysia, rasai pengalaman futuristik di EVA Sungai Long
Churros adalah hidangan manis yang segar untuk dicuba.
Pengurus acara makanan dan minuman di Las Meninas, Natalia De Ponte berkata, restoran itu membawa kelainan dengan menawarkan pelbagai tapas unik yang direka khas untuk citarasa tempatan.
“Kami mahu Las Meninas menjadi destinasi utama untuk menikmati tapas yang berbeza. Baru-baru ini, kami menambah lebih banyak pilihan dalam menu kami.
“Di kebanyakan restoran Sepanyol yang berada di Malaysia, hidangan tapas agak serupa. Kami cuba membuat perbezaan dengan menyediakan pilihan yang unik. Kami tidak menggunakan daging khinzir dan hanya menyediakan daging yang bersumberkan halal," katanya.
Dikendalikan sepenuhnya oleh cef tempatan yang pernah dilatih oleh cef Sepanyol, Las Meninas memastikan setiap hidangan memancarkan rasa asli dari Sepanyol.
Dengan bantuan pengurus restoran yang mesra, Poul Riche, pelanggan juga dapat memahami lebih mendalam tentang setiap hidangan yang disajikan.
Pilihan tapas di situ sangat meluas, memberikan pelanggan kebebasan memilih dari pelbagai jenis hidangan menarik.
Antaranya ialah Pimiento De Padron (RM38) iaitu lada hijau kecil yang digoreng dan ditabur dengan garam laut.
Hidangan itu ringan tetapi menyerlah dengan rasa pedas dan masin yang seimbang.
Hidangan seperti Croquetas yang dijual pada harga RM25 pula menampilkan bebola rangup berinti bechamel cendawan, dengang dilengkapi mayones trufel hitam.
Setiap gigitan penuh dengan rasa berkrim dan aromatik yang membangkit selera pelanggan.
Potongan daging kambing telah dimasak dengan sempurna dan mengekalkan rasa juicy.
Pelanggan tidak boleh ketinggalan untuk mencuba Queso de Cabra iaitu menu keju kambing goreng yang disajikan bersama sos madu lemon dengan harga RM29.
Gabungan rasa manis, masin dan masam mencipta harmoni yang sukar dilupakan.
Jika anda peminat makanan laut, Gambas Al Ajillo berharga RM45 wajib dicuba.
Udang harimau segar dimasak bersama minyak zaitun, bawang putih, cili kering dan parsli menghasilkan aroma dan rasa yang memikat.
Satu lagi hidangan menarik ialah Pulpo a la Gallega iaitu sotong kurita panggang yang dihidangkan bersama kentang lecek truffle, paprika Sepanyol, dan aioli.
Sotongnya lembut dan berjus, dengan sedikit rasa panggang yang menambah keistimewaan hidangan itu.
Paella de Marisco menawarkan penyelaman yang lazat melalui khazanah laut.
Bagi yang ingin menikmati hidangan utama, Paella de Marisco (RM55 untuk seorang; RM99 untuk dua orang) adalah pilihan yang tepat.
Nasi bomba Sepanyol dimasak bersama udang harimau, kerang, sotong dan kacang pea menghasilkan hidangan dengan rasa laut yang kaya serta lapisan nasi rangup (socarrat) di bahagian bawah.
Lengkapkan pengalaman anda dengan pencuci mulut Churros (RM28), batang doh goreng rangup yang disajikan bersama sos coklat, pistachio crème anglaise dan marmalade beri.
Setiap gigitan manis dan memuaskan terutamanya apabila dicelup dalam sos. — The Star/ ABIRAMI DURAI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram