Rapid KL On-Demand perkenal 4 laluan baharu mulai 1 Februari


  • Primer
  • Selasa, 28 Jan 2025

Setiap laluan akan mempunyai dua van kecuali Taman Genting Setapak - Setapak dengan empat van.

RAPID Bus Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL menambah empat laluan baharu untuk perkhidmatan Rapid KL On-Demand (DRT) mulai 1 Februari.

Empat laluan itu ialah Taman Desa - Jalan Klang Lama (T850B), LRT Bangsar - Taman Bandaraya (T850B), MRT Putrajaya Sentral - Presint 11 (T512B), Taman Genting Setapak - Setapak (T250B).

Setiap laluan akan mempunyai kemudahan dua van kecuali laluan Taman Genting Setapak - Setapak dengan empat van.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Siapa panggil Shen Long', pertunjukan cahaya naga kelilingi KLCC pukau penonton

BACA LAGI: Kebun mini guna sistem akuaponik atas bumbung fakulti jadi tempat 'healing' pelajar Universiti Malaya

Laluan T850B (Taman Desa - Jalan Kelang Lama) dan T512B (MRT Putrajaya Sentral – Presint 11) akan bersambung terus ke perkhidmatan rel Rapid KL.

Manakala, laluan T650B (Taman Desa – Jalan Kelang Lama) dan T250B (Taman Genting Setapak – Setapak) akan menggunakan laluan bas khas di sepanjang Jalan Kelang Lama dan Jalan Genting Kelang.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria, dalam satu kenyataan berkata, purata masa menunggu juga lebih singkat, iaitu kira-kira 10 minit.

"Kami masih mengekalkan perkhidmatan bas Rapid KL di kawasan ini, dan perkhidmatan Rapid KL On-Demand baharu akan meningkatkan kebolehcapaian bas dengan lebih banyak perhentian dinamik," katanya.

isi dalam

Purata masa menunggu perkhidmatan itu juga lebih singkat, iaitu kira-kira 10 minit.

Tambahnya, Rapid Bus juga akan menambah baik sembilan laluan sedia ada yang kini mempunyai 203 perhentian.

Sejak dilancarkan pada Mei 2023, perkhidmatan Rapid KL On-Demand di Lembah Klang berkembang kepada sembilan laluan dengan 20 van menjelang Ogos tahun lepas, mencatatkan purata peningkatan penumpang harian sebanyak 59 peratus, daripada 1,271 kepada 2,023 penumpang.

Tambah Ku Jamil, mulai 1 Februari ini, sebanyak 50 perhentian di laluan tersebut akan ditambah secara berperingkat berdasarkan keperluan masyarakat sekitar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram