
MUTAKHIR ini, keputusan menghantar ibu bapa ke pusat jagaan warga emas sering menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat.
Ada yang beranggapan langkah itu mencerminkan sikap anak-anak yang enggan memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa sendiri.
Namun, hakikatnya, keputusan tersebut biasanya didorong oleh kekangan hidup yang mendesak.
BACA LAGI: [VIDEO] Mayat wanita Indonesia disumbat dalam bagasi, ditemukan tak sempurna ketika buang sampah
BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan
Dengan tekanan kerja, tanggungjawab terhadap keluarga sendiri, dan kos kehidupan yang semakin meningkat, tidak semua anak mampu memberikan penjagaan sepenuhnya di rumah.
Ini diakui oleh seorang pengguna media sosial X (Twitter), @YB Kegembiraan pada Isnin selepas membaca sebuah laporan media tempatan.
Mengulas mengenai isu tersebut, dia berkata, menjaga orang tua bukanlah perkara yang mudah. Walaupun ada anak-anak yang bekerja dalam bidang hebat, mereka sering berada dalam dilema.
"Cuba bayangkan kalau dia jaga orang tua, dia terpaksa berhenti kerja. Bila terpaksa berhenti kerja, maka dia tak ada sumber pendapatan nak menjaga.
"Macam mana dia nak jaga kalau duit pun tak ada?" soalnya.
Pilihan menghantar ke pusat jagaan warga emas menjadi penyelesaian bagi sesetengah keluarga. — Gambar Hiasan
Menurut pengguna X itu lagi, pilihan menghantar ke pusat jagaan warga emas menjadi penyelesaian bagi sesetengah keluarga.
"Namun begitu, persepsi buruk terhadap pusat jagaan seperti ini masih wujud. Ia sering dikaitkan dengan imej negatif, seolah-olah pusat tersebut sama seperti tempat perlindungan gelandangan.
Bagaimanapun, jelasnya, terdapat usaha untuk memperbaiki persepsi itu.
Beberapa pusat jagaan kini tampil dengan konsep moden yang lebih mesra keluarga, malah ada yang mengaplikasikan pendekatan seperti 'nurseri warga emas'.
Dalam konsep ini, warga emas dihantar pada waktu pagi dan diambil semula pada waktu petang, memberikan ruang kepada anak-anak untuk mengimbangi tanggungjawab kerja dan penjagaan.
Langkah inovatif itu dilihat mampu mengubah pandangan masyarakat terhadap pusat jagaan warga emas.
Lebih penting, ia memberi pilihan kepada keluarga yang ingin memastikan ibu bapa mereka dijaga dengan baik tanpa mengabaikan keperluan kehidupan seharian.
Sebagai masyarakat, penting untuk kita memahami realiti ini dan tidak cepat menghukum keputusan yang dibuat oleh sesetengah keluarga.
Apa yang lebih utama adalah memastikan kesejahteraan warga emas sentiasa diutamakan, sama ada di rumah mahupun di pusat jagaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram