Tiga suspek disyaki jual dadah di konsert Pinkfish ditahan


  • 112
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Dalam kejadian pada 31 Disember lalu, empat maut manakala tiga lagi terpaksa menerima rawatan selepas menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway.

POLIS sudah menahan tiga suspek lelaki dipercayai terlibat menjual dadah dalam kes berkaitan kematian empat individu yang menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, pada Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek yang berusia 20-an hingga 30-an diberkas di sekitar Selangor, baru- baru ini.

“Dia penjual, sama ada dalam skala kecil, mereka jual secara individu. Daripada tiga, salah seorangnya berada dalam konsert, jual di dalam konsert tapi ada juga mereka (mangsa) yang beli dari luar dan bawa masuk dalam konsert,” katanya pada Sabtu.

BACA LAGI: Dua pengunjung Pinkfish disyaki ambil ekstasi stabil, masih terima rawatan di PPUM — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut ditembak ketika makan di Johor Bahru, polis siasat motif kejadian

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa meninggal kerana kegagalan pelbagai organ akibat strok haba.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Dalam perkembangan sama, katanya, hasil bedah siasat terhadap empat mayat mengesahkan terdapat penggunaan MDMA (ekstasi).

Ujarnya, tiga lagi mangsa yang dirawat turut disahkan mengambil bahan terlarang sama.

Dalam pada itu, Hussein berkata, pihak polis akan bekerjasama bagi mengenakan syarat lebih ketat untuk konsert pada masa akan datang bagi mengelakkan kejadian seperti itu.

“Antara aspek lain yang akan dilihat ialah jenis muzik dimainkan dan jumlah pengunjung bergantung kepada lokasi konsert,” katanya.

Dalam kejadian pada 31 Disember lalu, empat maut manakala tiga lagi terpaksa menerima rawatan selepas menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway.

Siasatan awal mendapati empat mangsa meninggal dunia ketika menghadiri konsert itu disyaki melakukan pengambilan dadah jenis ekstasi. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram