
POLIS masih menunggu laporan perubatan berhubung lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang diserang orang ramai dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu pada 17 Januari lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata, kertas siasatan berhubung kes pukul Nor Al Faizan Jusoh yang berusia 47 tahun sudah dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya.
Bagaimanapun, menurutnya, selepas meneliti kenyataan, pihak Pendakwa Raya meminta polis mendapatkan dahulu laporan siasatan lengkap daripada Hospital Kemaman.
BACA LAGI: Rider enggan hantar barang depan pintu, tak percaya pelanggan OKU di JB boleh digantung tugas
BACA LAGI: Mahkamah lanjut tempoh reman suspek ke-5 pukul pak cik OKU di Kemaman
Lelaki OKU tersebut melanggar gerai makanan sehingga menyebabkan makanan bertaburan.
"Jadi, polis ingin mengingatkan orang ramai dan pengguna media sosial supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau mencipta kekacauan. Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang melanggarnya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Wan Muhamad turut berkata, polis akan memastikan siasatan akan dilakukan secara telus dan adil dengan sebarang kemas kini akan dikongsikan sekiranya perlu.
Dalam beberapa video tular sebelum ini, seorang lelaki difahamkan penghidap OKU mental dipukul beramai-ramai dalam keadaan hujan dengan motosikal dipercayai miliknya terbaring di atas jalan.
Namun, selepas itu, individu berkenaan diheret beramai-ramai meskipun sedang mengadu kesakitan difahamkan akibat kecederaan fizikal dialaminya.
Setakat ini, seramai enam lelaki berusia dalam lingkungan usia antara 18 sehingga 60 tahun sudah ditahan bagi membantu kes yang mendapat perhatian ramai, termasuk beberapa pemimpin negara. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram