SEORANG pemilik salun rambut dan jurusolek lelaki berusia 42 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelakon sambilan.
Tertuduh, Saril Sarip mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Haderiah Siri pada Khamis.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan luar tabii dengan memasukkan secara paksa kemaluan mangsa lelaki berusia 18 tahun ke dalam mulut tanpa kerelaan sehingga menimbulkan ketakutan kepada mangsa.
BACA LAGI: Syed Saddiq, Bella makin 'mesra', penduduk Muar tegur kena ada batas, jaga imej wakil rakyat
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 4.15 petang di sebuah salun rambut dekat Taman Tasik Utama, Ayer Keroh pada 17 Januari lepas.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara lima dan 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain manakala tertuduh diwakili peguam L. Sharveen.
Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin manakala tarikh 24 Februari ditetapkan sebagai sebutan kes berikutnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram